Cinta remaja ada yang menyebutnya cinta monyet dan ada pula yang menyebutnya cinta jiwang. Cinta remaja bemula di bangku sekolah, samaada di alam persekolahan menengah rendah ataupun menengah atas.
Secara umumnya, semua individu pasti pernah mengalami cinta remaja, tidak kiranya cinta secara suka - suka atau sebaliknya. Cinta remaja terjadi apabila perasaan dalam hati tersentak atau terpaut dengan seseorang yang membuatkan jiwa bergelora. Apa yang di inginkan akan di usahakan untuk menjadi kenyataan, namun begitu ada juga yang kecundang disebabkan faktor - faktor halangan diluar jangkaan.
gambar sekadar hiasan |
Cinta remaja adakalanya berakhir dengan sia - sia tanpa hala tujuan, ini kerana masing - masing masih mengejar kejayaan dalam pendidikan atau kehidupan agar berjaya, didikan orang tua juga sangat penting dalam membantu untuk memastikan anak - anak agar tidak dibuai mimpi dengan cinta remaja yang membawa kepada kodongenagan. Walaupun demikian, terdapat juga cinta remaja yang berkesudahan dengan baik, iaitu sehingga membawa kepada terbinanya kekeluargaan yang harmoni dengan restu keluarga kedua belah pihak. Kematangan akal fikiran adalah amat penting, agar rumah tangga yang dibina hasil daripada cinta remaja adalah amat penting, agar ianya tidak rapuh atau retak di tengah jalan.
Pembinaan sesebuah keluarga yang bahagia dan utuh, bukanlah bermula dari cinta semata - mata, namun ia adalah meliputi pelbagai aspek, seperti akhlak, tabiat, kebertanggungjawab, agama dan saling menerima serta syukur. Aspek ini adalah amat penting benbanding hanya menilai pada rupa paras, fizikal dan lain - lainya.
0 Comments