Kalender Memudahkan Perancangan

Kalender Memudahkan Perancangan

Kalender yang dicipta sejak dahulu lagi sangat membantu dan memudahkan perancangan dalam apa juga aktiviti yang dilakukan samaada harian, mingguan atau bulanan. Dengan adanya kalender, perancangan dapat dibuat tentang apa aktiviti atau kegiatan yang akan dilakukan pada hari mendatang atau seterusnya, adakah hendak bercuti, bekerja atau sebaliknya.

Lazimnya kalender telah disusun atur dengan tepat untuk perjalanan dua belas bulan selama satu tahun. Oleh yang demikian seseorang boleh merancang, di mana dan tarikh bila sesuatu perkara yang hendak dilakukan dengan menanda pada kalender berkenaan.


kegunaan kalender untuk merekod dan merancang aktiviti dengan mudah dan tersusun


Justeru daripada itu, perkara seumpama ini bukan sahaja memudahkan aturan kehidupan sendiri atau keluarga, malahan dengan adanya kalender pengurusan dapat dilakukan secara sistematik dan berkesan. Dalam masa sama, ia juga mengelakkan daripada kelalaian atau lupa terhadap sesuatu aktiviti serta tindakan yang telah di catitkan pada kalender.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian