Keakrafan Dirasa Di Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Keakrafan Dirasa Di Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Hari raya aidilfitri tahun 2021 adalah merupakan salah satu perayaan kali kedua yang di rayakan oleh mulimin dan muslimat dalam situasi kehidupan norma baharu dengan mematuhi peraturan - peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pebagai ragam dan karena khususnya di laman sosial facebook menjadi medium utama, yang mana  masing - masing memuat naik gambar kenangan di hari raya aidilfitri dengan mengenakan pakaian baharu. Tidak kurang juga, ada yang berlumba - lumba menunjukkan hasil juadah masing - masing.



Walaupun dalam kedaan norma baharu, namun ia bukanlah menjadi halangan kepada semua umat mulimin dan muslimat yang merayakan perayaan hari raya aidilfitri kerana ikatan silaturahim antara keluarga, sanak saudara, rakan taulan tetap dapat dieratkan dengan adanya peranti gelombang maya yang sedia ada yang oleh pelbagai telco memberi kegembiraan bersama. Video call dapat dilakukan dengan mudah, dan seolah - olah keakrafan dan kerapatan tetap dirasai. 

Oleh yang demikian, marilah kita bersama - sama merapatkan rasa syukur dan gembira dengan apa yang dinikmati dan dikecapi sekarang. Semoga dengan doa dan berkat dari Ilahi, kita semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menjalani kehidupan riang gembira serta dapat melakukan aktiviti - aktiviti sebelumya dengan aman damai dan selamat. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian