Pokok longan tumbuh subur di halaman rumah. Menanam pokok buah - buahan di halaman rumah adalah salah satu langkah bijak bagi menambah hasil rezeki dan seterusnya kepada sumber makanan harian. Dalam pada itu, ia juga menyumbang kepada pengurangan belanja ekonomi.
Gambar di bawah adalah pokok buah longan yang tumbuh subur dengan ketinggian yang rendah, namun menghasilkan buah yang banyak. Syukur dengan sifat berbudi kepada tanah, akhirnya membuahkan hasil yang bermanfaat.
Tindakan sebegini, bukan sahaja memberi kebaikan malahan ia juga menjadikan anggota badan menjadi aktif kerana kegemaran terhadap bercucuk tanam.
0 Comments