Kekal sihat walaupun berada di rumah. Aktiviti petang dengan membersihkan halaman rumah serta membakar sampah, merupakan salah satu senaman anggota badan agar kekal sihat walupun hanya melakukan kerja - kerja di rumah.
Di samping itu, penjagaan persekitaran halaman rumah juga amatlah penting agar tidak terdedah kepada ancapan lain seperti nyamuk, binatang merbahaya yang boleh mengundang penyakit. Aktiviti seumpama itu juga, sangatlah baik dan boleh dijadikan sebagai salah satu senaman anggota badan
Sifat rajin dalam diri dengan suka melakukan aktiviti - aktiviti di waktu petang, khususnya membersihkan halaman rumah serta membakar sampah sambil bersenam, mengindahkan lagi suasana mata memandang terhadap persekitaran rumah yang bersih dan selesa. Dalam pada itu, ia juga memudahkan untuk anak - anak bermain - main tanpa kebimbang terhadap kekotoran apabila persekitaran rumah kelihatan sentiasa bersih dan terjaga
Selain daripada itu, halaman yang bersih juga memudahkan untuk bercucuk tanam seperti menanm pokok pisang, tebu, lada cili dan pelbagai lagi jenis sayur - sayuran untuk kegunaan kehidupan seharian.
0 Comments