Kesesakan lalulintas sememangnya tidak dapat dielakkan walau dimana berada. Masalah ini bukan sahaja terjadi diwaktu masa bekerja, malahan akan bertambah meningkat apabila tiba musim - musim perayaan, seperti hari raya aidilfitri, tahun baru cina, krismas dan lain - lain lagi.
Dalam pada itu, pertumbuhan kenderaan yang banyak dipasaran serta kemampuan masyarakat untuk memilikinya, yang mana keterlihatan habir satu rumah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan. Oleh yang demikian, perkara seumpama ini juga menyumbang kepeda kesesakan jalan raya.
Tindakan bijak haruslah diterapkan dalam diri, dengan sentiasa mematuhi peraturan - peraturan yang telah ditetapkan semasa memandu di atas jalan raya. Ingatlah juga bahawa kemudahan jalan raya adalah milik bersama. Ketika berhadapan dengan kesesakan lalu lintas, amalkan sifat bertimbang rasa, dan juga sentiasa santai dalam mengharungi kesesakan lalulintas.
Perjalanan ke destinasi yang dituju akan lebih mudah dan selamat, jika semua pengguna sentiasa peka dan mematuhi peraturan jalan raya, elakkan juga agar tidak menggunakan laluan kecemasan yang boleh mengundang bahaya kepada pemandu dan juga pemandu yang lain. Dalam pada masa sama, sekiranya pemanduan terasa kebosanan atau tertekan, tindakan yang boleh dilakukan adalah berhenti di tepi jalan untuk berehat, memasang radio untuk mendengar lagu - lagu yang menaikan semangat dan ketenangan hati, melakukan sebaman ringan seperti mengoyangkan badan, picit - picit lengan dan kaki, dan juga sebagainya.
0 Comments