Selamat Merayakan Pesta Gawai Tahun 2021

Selamat Merayakan Pesta Gawai Tahun 2021

Perayaan pesta gawai, lazimnya dirayakan oleh suku kaum dayak dan iban di Negeri Sarawak bumi kenyalang. Perayaan ini di laksanakan dengan penuh tradisi dengan memperagakan pakaian yang beraneka cantik serta disulami atau dihiasi dengan corak serta manik - manik mengikut keturunan kaum berkenaan. Alunan corak adakalanya berladaskan corak alam semesta.

Perayaan hari gawai tahun ini disambut pada 01 dan 02 Jun 2021 berdasarkan pada kalender tahun 2021. Perayaan akan disambut secara sederhana berdasarkan pada penguatkuasaan kehidupan norma baharu dengan mematuhi peraturan - peraturan yang telah ditetapkan.

sumber : hebahan applikasi whatsapp kumpulan (rakan maulana)

Justeru daripada itu, apa pun tindakan yang dilakukan semasa merayakan hari gawai tahun 2021, marilah kita sentiasa mematuhi peraturan - peraturan yang telah dikuatkuasakan. Dalam masa yang sama kekalkan juga ikatan silaturrahim sesama insan, yang mana ia tetap boleh dilakukan dengan menggunakan kaedah digital. Perbualan secara maya (video call) tetap boleh dilaksanakan antara satu sama lain dengan lebih baik. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian