Bunga ros merupakan salah satu bunga yang cantik dan menarik warnanya dan mampu memperlihatkan halaman rumah mendah kemas dan segar. Bunga ros terdiri daripada pelbagai warna ada merah, pink dan lain - lain lagi.
Penjagaan yang rapi, dari segi jenis tanah, pembajaan dan siraman adalah faktor menjadikan bunga ros tumbuh subur seperti dalam gambar di atas. Selain daripada itu, saiz pasu serta rantisan juga sangat perlu dan membantu kepada kesuburannya.
Tanam bunga ros sebagai hiasan halaman rumah, adalah salah satu langkah bijak, yang mana bukan sahaja melihatkan halaman rumah menarik perhatian dan sedap mata memandang, namun dalam masa sama ia menjadikan salah satu aktiviti senaman sihat pada anggota badan, apabila saban hari pagi membuat siaraman dan pembersihan.
0 Comments