Ucapan Selamat Hari Guru Tahun 2021

Ucapan Selamat Hari Guru Tahun 2021

Guru adalah insan yang mulia dan orang kedua selepas ibu bapa dalam mendidik anak - anak agar menjadi insan yang berilmu dan berjaya apabila mereka dewasa dan berkerjaya. Guru tidak hanya tertumpu kepada didikan, malahan mereka juga adalah insan yang memantau serta boleh dikatakan mengasuh pelajar - pelajar daripada kosong sehinggalah pandai menulis dan membaca. Mereka jugalah yang saban hari berhadapan dengan karena pelajar - pelajar sewaktu di sekolah.

Guru bukan sahaja mereka yang berada di sekolah, malahan ia meliputi kepada sesiapa sahaja yang bergelar guru, tidak kira di taska, pondok atau di mana sahaja yang mana fungsinya adalah sebagai seorang pendidik. Jasa seorang guru memang tidak dapat dilupakan bagi anak - anak muridnya, kerana dengan gurulah murid - muridnya berjaya sehingga ada yang menjadi guru, doktor, pensyarah, dan sebagainya. Namun kepada anak - anak murid yang tidak berjaya, sekurang - kurangnya lahir sebagai insan berilmu, berakhlak dan berfikiran secara rasional.

gambar sekadar hiasan


Sehubungan dengan itu, kesempatan ini, penulis mengucapkan selamat hari guru, khususnya kepada guru - guru yang pernah mendidik diri ini sehingga menjadi insan yang berilmu dan berjaya, Terima Kasih Banyak, dan dalam pada itu tidak lupa juga kepada kedua orang tua yang paling utama dalam mendidik diri ini. 

Bersempena tema hari guru " Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu". Oleh itu, Ucapan selamat hari guru tahun 2021 di tujukan kepada semua mereka yang bergelar guru walau dimana mereka berada, semoga usaha dan ilmu yang dicurahkan setiap hari akan mendapat keberkatan Ilahi dan sentiasa bermanfaat kepada yang menerimanya. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia