Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri Tahun 2021

Ucapan selamat hari raya aidilfitri tahun 2021. Syukur alhamdulillah dengan kudrat Ilahi kita diberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk bersama - sama merayakan hari raya aidilfitri bagi tahun 2021. Selesai ramadan, dimana umat islam yang berpuasa selama sebulan dengan penuh sabar dan tawaduk, maka hari ini adalah hari kemenangan untuk bergembira dengan menyambut perayaan hari raya aidilfitri tahun 2021. 

Walaupun dalam keadaan norma baharu, namun tahun ini solat sunat aidilfitri telah dibenarkan. Dalam pada itu, dengan adanya teknologi moden di hujung hari aktiviti komunikasi bersama sanak keluarga, rakan taulan dapat dilakukan, hanya dengan menggunakan peranti gelombang, seperti video call (whatsapp), Facebook, Line dan macam - macam lagi.



Sehubungan daripada itu, dan kesempatan ini penulis mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin kepada khususnya keluarga, dan amnya kepada rakan - rakan atau sesiapa sahaja yang melayari laman blog ini, semoga kita sentiasa dibawah lindungan Ilahi dan sihat walafiat sentiasa. 

Dalam masa sama, diharap dengan adanya blog seperti ini, ia membantu sedikit sebanyak dan seterusnya sebagai maklumat tambahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bersama. Untuk itu juga, jika maklumat blog ini bermanfaat dan memberi banyak kebaikan, silalah kongsikan sentiasa kepada rakan taulan yang lain agar kita bersama - sama mendapat safaat kebaikan bersama. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Belanjawan Negara