Lumrah kehidupan manusia dimuka bumi adalah berbeza - beza yang mana rezeki telah ditetapkan oleh Ilahi dari awal kebangkitan ke dunia. Kebijaksanaan akal fikiran yang baik adalah sangat penting dalam meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik dan sejahtera.
Justeru daripada itu, gunakanlah akal berbanding nafsu dalam meneruskan kehidupan dengan lebih tenteram dan tenang. Amalkanlah sifat atau kehidupan yang bersederhana asalkan bahagia dalam apa juga perkara, janganlah terpengaruh oleh hawa nafsu dalam memuaskan kebendaan duniawi.
Lanjut daripada itu, dikongsikan kata mutiara yang indah sebagai pedoman, pendidik diri serta semangat ke arah kehidupan yang sentiasa bersederhana.
Bersederhana asalkan bahagia, adalah satu kehidupan yang tidak ada tolok bandingnya dengan mereka - mereka yang mewah namun tidak bahagia. Bahagia adalah merangkumi pelbagai perkara, seperti kebahagiaan hari dan akal fikiran, kebahagian kesihatan anggota badan, dan juga kebahagiaan bersama keluarga. Amalkan hidup bersederhana asalkan bahagia setiap masa demi kesejahteraan dan kesihatan anggota fizikal dan rohani anggota badan.
0 Comments