Hasil Menanam Ubi Kayu Di Halaman Rumah

Hasil Menanam Ubi Kayu Di Halaman Rumah

Ubi kayu merupakan salah satu tanaman yang mudah tumbuh dipermukaaan tanah gambut, tanah hitam dan sebagainya. Menanam ubi kayu di halaman rumah, adalah salah satu tindakan bijak kerana ubi kayu cepat mengeluarkan hasil, tambahan itu juga ia boleh disajikan dalam pelbagai hidangan.


Ubi kayu segar dari ladang adalah sangat enak di makan walaupun hanya direbus bertemankan kopi o atau tea tarik panas. Rasanya yang empuk dan penuh dengan khasiat karbohidrat sudah pasti menghasilkan tenaga yang baik untuk anggota badan.


berbudi pada tanah pasti akan mendapat hasilnya,
ubi kayu segar dari ladang
(hasil menanam ubi kayu di halaman rumah untuk keperluan seisi keluarga)


Selain daripada itu, ubi kayu juga boleh di hasilkan menjadi kerepek atau juga di hiris halus dan digoreng sebgai sntapan sarapan pagi. Dalam pada itu juga, ubi kayu boleh juga dikomersialkan iaitu di proses dan dijadikan makanan harian penganti beras. Ramas masyarakat tempatan khususnya di borneo mengemarinya yang mana setelah diproses dan hasilnya di namakan tampin. Tampin ini akan di masak samada di goreng untuk di jadikan tompek atau putu. Rasanya yang sedap, apatalagi jika berlaukkan ikan bakar serta latok. 

Ubi kayu yang segar dari ladang bukan sahaja boleh diusahakan sendiri dengan menanamnya di halaman rumah untuk keperluan isorumah, malahan ia juga boleh diperolehi di tamu - tamu harian atau mingguan. Selalunya harga yang berpatutan memberi kepuasan untuk membelinya.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian