Lindungi Keluarga Agar Ceria Sejahtera

Lindungi Keluarga Agar Ceria Sejahtera

Sebagai seorang ketua dalam institusi kekeluargaan, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab utama kepada ketua iaitu suami untuk menjaga serta melindungi keluarganya dari segi keperluan zahir dan batin serta keselamatan dan kesihatan agar kehidupan keluarga yang di sayangi lebih harmoni dan sejahtera.

Justeru daripada itu juga, seorang anak yang bergelar lelaki dalam keluarga juga adalah merupakan salah seorang tunggak atau ketua kedua dalam mengalas atau menjaga adik - adiknya serta orang tuanya agar sentiasa beradalah dalam kesihatan dan selamat walau di mana berada. Sifat mengambil tahu serta menitik beratkan adalah amat penting agar insitusi keluarganya tidak berdepan sebarang masaalah pada masa - masa mendatang. Ketegasan seorang ketua adalah sangat penting demi kestabilan atau hormat anak - anak serta isteri kepadanya. 

gambar sekadar hiasan (lindungi keluarga agar ceria sejahtera)


Perkara atau situasi seumpama ini adakalanya terabai atau tidak di ambil berat oleh sesetengah institusi keluarga, tanpa disedari banyak institusi kekeluargaan yang punah atau porak peranda kerana masing - masing mengikut kemahuan apatalagi jika berlandaskan nafsu dalam apa juga perkara yang dialkukan. Hal sedemikian pastinya membawa kepada kecelakaan dan tanpa disedari dari masa ke semasa. Kurang panduan lengkap serta tidak menggunakan akal fikiran dengan baik, pastinya akan berhadapan dengan masaalah atau musibah yang tanpa diduga. 

Oleh yang demikian, sebagai ketua dalam institusi kekeluargaan, lindungi keluarga agar ceria sejahtera, mainkanlah peranan dengan baik dengan menerapkan unsur yang berlandaskan kepada kerohanian, agama, dan lain - lain yang membawa manfaat kepada keluarga. Gunakanlah kebijaksanaan dengan pintar agar ahli dalam keluarga dapat diterapkan dengan unsur - unsur positif berbanding negatif.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian