Maaf Itu Mudah Tapi Parutnya Ada

Maaf Itu Mudah Tapi Parutnya Ada

Pancaindera mulut dan lidah adalah salah satu senjata tajam yang lebih tajam dari pisau dan parang. Senjata ini sangat halus, namun memberikan kesan yang mendalam sehingga menusik kalbu, dan adakalanya meningalkan bekas atau parut berkurun - kurun lamanya.

Ketahuilah, walaupun ungkapan maaf diluahkan, namun adakalanya ia tidak menyelesaikan atau memadam secara seratus - peratus, perselisihan berlaku adakalanya akan membangkitkan parut yang lama dan akan merebak ke serata anggota badan, fikiran, nafsu, yang mana adakalnya membawa kepada pergaduhan dan kematian.

Sifat hasat dengki dikalangan manusia, memang tidak dapat diealakkan dan dinafikan, sifat ini didorong oleh amarah yang mara dan jika diluar jangkauan pemikiran maka terjadilah persengketaan yang membawa kepada ketidak harmonian dalam sesebuah keluarga, jiran tetangga atau sahabat handai.

gambar sekadar hiasan, 
yang dikongsikan daripada pemiliknya, maklumatnya yang mengandungi kata - kata mutiara nasihat untuk semua. semoga ianya membuka mata dan fikiran bersama agar lebih sejahtera dalam berbicara. ingatlah bahawa maaf itu mudah tapi parutnya tetap ada



Justeru daripada itu, gunakanlah akal fikiran dengan sentiasa berhati - hati semasa berkata - kata dengan orang lain, kerana bisanya adalah sangat parah jika perkataan yang di sampaikan atau di luahkan menyentu sensitiviti keperibadian diri. Tingkatkanlah keilmuan diri dengan sifat - sifat harmoni agar sentiasa sejahtera apabila berbicara dengan orang lain. Ingatlah bahawa tiada yang sempurna, namun fahamilah ungkapan maaf itu mudah tapi parutnya tetap ada.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian