Mahu Gunakan Akal Atau Nafsu

Mahu Gunakan Akal Atau Nafsu

Kejadian manusia adalh syumul iaitu sempuna sifatnya dari segi zahir dan batin Sejarah penciptaan manusia dari tanah yang mana manusia pertama diciptakan adalah Nabi Adam A.S. Lanjutan daripada penciptaan manusia yang lengkap, maka apa juga perkara yang terjadi atau dilakukan atau kemahuan adalah semuanya pilihan ditangan anda.

Manusia mempunyai dua unsur utama iaitu akal fikiran dan nafsu, manakala faktor luar yang menghasut adalah syaitan dan iblis. Oleh yang demikian dengan sifat atau adanya akal fikiran, seseorang mampu menaakul sesuatu perkara dengan baik dan bijaksana, namun demikian jika akal fikiran tidak digunakan dengan berhema maka kehidupan duniawi akan dipengaruhi atau berlandaskan kepada keputusan nafsu dan juga adakalanya didorong oleh kekuatan hasutan syaitan dan iblis.

gambar sekadar hiasan,
memikir dan menilai diri sendiri samaada
mahu gunakan akal atau nafsu



Lantaran daripada itu, pilihan di tangan anda, samaada kehidupan yang ditempuh menggunakan akal fikiran secara bijaksana atau nafsu semata - mata. Kelahiran dengan menggunakan salah satu pemberat unsur berkenaan akan menentukan diri pada paksi samada tingkah laku yang baik atau sebaliknya. Tambahan daripada itu, selamilah dengan teliti dan lakukan tindakan yang positif dan bermanfaat dalam apa juga tindak tanduk yang dilakukan. Sifat yang bijaksana dengan menggunakan akal secara baik dan harmoni sudah tentu akan menghasilkan satu keputusan yang bermanfaat sentiasa. 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian