Menikmati Mangga Harum Manis Di Halaman Rumah

Menikmati Mangga Harum Manis Di Halaman Rumah

Berbudi pada tanah pastinya akan mendapat hasilnya, jika berusaha dan sabar sudah pasti akan menikmati hasilnya di masa mendatang. Bak kata pepata, bersusah susah dahulu bersenang senang kemudian.

Gambar dibawah adalah usaha yang gigih dilakukan dengan menanam pokok mangga di halaman rumah, walaupun terpaksa menunggu lama namun ianya membuahkan hasil, yang mana boleh di nikmati bersama keluarga dari tahun ke tahun. 

hasil menanam mangga harus manis di halaman rumah

 

Aktiviti dengan menanam tanaman yang boleh menyumbang ekonomi isirumah adalah amat baik berbanding tanaman yang tidak mendatangkan faedah. Rimbun rumah dengan tanaman yang berbentuk makanan seperti buah - buahan, sayur - sayuran dan ubatan herba, adalah satu tindakan bijak dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan ekonomi isi rumah. 

Selain daripada itu, dengan menanam buah - buahan di halaman rumah, penjagaan dan pengawalan rapi dapat dilakukan dengan baik. Dalam pada itu juga, ia menyumbang kepada aktiviti senaman harian dan seterusnya membantu kepada kesihatan anggota badan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian