Menghias Halaman Rumah Dengan Bunga- Bungaan

Menghias Halaman Rumah Dengan Bunga- Bungaan

Aktiviti diwaktu petang adalah menghias halaman rumah dengan bunga - bungaan agar pandangan mata segar memandang dengan suasana persekitaran rumah yang cantik serta di rimbun dengan bunga - bungaan segar menghijau.

Pelbagai jenis bunga di tanam secara diy dengan inisiatif sendiri serta mengambil sumber - sumber ilmu pengetahuan daripada saluran digital tentang cara - cara penanaman serta hiasan rumah dengan lebih effektif dan berkesan.


Aktiviti di waktu petang dimanfaatkan dengan menghias halaman
rumah dengan menanam pelbagai bunga - bungaan, agar susana halaman
kelihatan indah dan segar mata memandang


Bunga - bungaan adalah terdiri daripada pelbagai jenis antaranya bunga keladi, ros, kaktus dan lain - lain lagi. Minat yang mendalam serta cintakan kepada flora juga mendorong untuk melaksanakan aktiviti menanam dan menghias halaman dengan bunga - bungaan dengan lebih tekun dan sabar.

Oleh yang demikian, sepanjang dari awal pkp, aktiviti di rumah dimanfaatkan dengan menanam pelbagai jenis bunga - bungaan dan seterusnya menghias halaman rumah agar kelihatan lebih cantik dan indah dipandang. Dalam masa sama, aktiviti seperti menanam bunga - bungaan merupakan salah satu perniagaan keci - kecilan dimana bunga - bungaan ini juga akan boleh dagangkan di hari kemudian dan secara tidak langsung membantu dalam pertambahan ekonomi isi rumah.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian