PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan mengumumkan akan mengambil 18,702 pegawai pendidikan gred DG41 secara ‘one off’ untuk mengatasi kekurangan guru di negara ini khususnya membabitkan negeri dan mata pelajaran tertentu.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pihaknya akan mengeluarkan iklan tawaran pada 7 Julai ini dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober, Sumber : Utusan
gambar sekadar hiasan, kelihatan seorang guru sedang tekun mendidik anak - anak murid di bilik darjah |
Dalam pada itu, berikut adalah antara sedikit perincian berkenaan jawatan perguruan yang akan dibuka permohonanya pada 07 Julai 2021.
1. Berapakah Jumlah Jawatan yang ditawarkan ?
- 18,702 jawatan untuk seluruh negara
2. Siapakah yang layak memohon ?
- Sesiapa sahaja yang pasti memiliki kelayakan dan memenuhi syarat permohonan jawatan yang ditetapkan nanti.
3. Apakah jangkaan sasaran matapelajaran yang di fokuskan ?
- Sekolah Rendah Kebangsaan (S.R.K.)
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama Islam
- Teknologi Maklumat & Komunikasi
- Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K)
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Pendidikan Khas
- Pendidikan Agama islam
- Reka Bentuk & Teknologi
0 Comments