Punca Kejayaan Diri

Punca Kejayaan Diri

Manusia diciptakan di muka bumi adalah sama sahaja sifatnya iaitu memiliki anggota badan yang sempurna, khususnya akal fikiran, hawa nafsu dan anggota fizikal yang lain. Namun terdapat juga mereka yang oku (orang kurang upaya) akan tetapi itu bukanlah menjadi halangan untuk menjadi insan yang berjaya.

Zaman teknologi, sememangnya banyak membantu seseorang dalam melakukan kerja khususnya untuk berjaya , samaada kejayaan dalam penjanaan pendapatan ataupun kejayaan dalam pendidikan atau yang lainnya. Sebarang halangan yang dihadapi bukanlah menjadi kesukaran atau merasakan putus asa untuk melakukan sesuatu perkara yang di impikan.

Justeru daripada itu, mari kita pelajari dan rungkai serta kongsikan apakah punca kejayaan dalam diri, antaranya;


  • Berfikiran positif
Berfikiran positif adalah sangat baik dan sangat membantu untuk berjaya dalam diri, sesuatu perkara yang dilakukan samada kecil atau besar hasilnya, pasti akan di syukuri dengan perasaan gembiran dan tenang. Oleh itu, jika fikiran sentiasa diletakkan dalam keadaan positif, sudah pasti ia akan mampu menerima dengan tenang dan sentiasa berusaha lagi untuk berjaya dalam diri.



  • Berani
Sifat berani adalah sangat penting dan ia juga merupakan salah satu tindakan untuk berjaya dalam hidup. Sifat yang tidak gentar terhadap perkara yang dilakukan asalkan ianya membawa manfaat kebaikan dan membina diri atau pendapatan, adalah antara punca kepada keyaan dalam diri. Sifat tidak malu untuk mencuba dan terus mencuba serta berusaha, pasti akan membuahkan hasil yang lumayan di masa akan datang


  • Perbanyakkan membaca
Punya kejayaan diri juga didorong oleh sifat suka membaca samaada isu semasa, perniagaan dan lainnya. Dengan membaca secara tidak langsung, ilmu pengetahuan akan bertambah meningkat serta tidak mudah tertipu atau diperbodohkan sewenang - wenangnya. Zaman teknologi, banyak sumber bacaan yang boleh diperolehi antaranya melalui blog, facebook, instagram dan lain - lain lagi. Membaca juga merupakan jambatan ilmu, ia juga mampu membimbing diri untuk maju ke hadapan dan seterusnya menjadi insan yang berilmu dan beramal.

Dalam pada itu, sila layari dengan klik atau tekan pautan ini untuk mengetahui 



👉   Keistemewaan Membaca




  • Rajin Dan Doa
Sifat atau tabiat juga adalah merupakan salah satu punca kepada keyaan diri. Sifat yang rajin berbanding malas, pastinya akan melahirkan satu hasil yang bermanfaat untuk diri dan keluarga. Lazimnya sifat yang rajin, tidak boleh duduk diam adalah satu sifat yang baik, dimana adanya kesungguhan untuk memajukan diri sendiri untuk mengecapi keyaan diri. Dalam masa sama sentiasalah berdoa kepada Ilahi semoga apa sahaja perkara yang dilakukan semoga mendapat keredhan dan lindungannya. Ingatlah bahawa seperti yang telah dijelaskan, jika berbuat baik pasti akan di balas kebaikan, namun jika berbuat jahat pasti juga akan di balas dengan kejahatan.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan