Raja - Raja Melayu Sepandangan Agar Darurat Ditamatkan 01 Ogos

Raja - Raja Melayu Sepandangan Agar Darurat Ditamatkan 01 Ogos

Berdasarkan pada sumber media tempatan Bh Online terbitan Mohd Nasarudin Parzi pada 16 Jun 2021, jam 8.30 malam bertajuk Raja - raja melayu sependapat darurat perlu ditamatkan 1 Ogos adalah menjadi sumber rujukan. Berikut adalah itipati kandungan artikal untuk pengetahuan serta peningkatan ilmu bersama terhadap isu semasa.


gambar sekadar hiasan sahaja


KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu sependapat, tiada keperluan untuk meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos depan.

Itu antara tujuh pendapat dizahirkan secara terbuka dan terus terang oleh Raja-Raja Melayu dalam Perbincangan Khas baginda bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah, di Istana Negara, semalam.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, berkata Raja-Raja Melayu juga berpendirian pentingnya dihormati mekanisma semak dan imbang di antara cabang eksekutif, perundangan dan kehakiman untuk menjamin berlakunya tadbir urus yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab kepada rakyat terutamanya dalam hal ehwal kewangan dan perbelanjaan negara. 

"Di peringkat negeri, Raja-Raja Pemerintah turut berpendirian supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang secepat mungkin," katanya dalam kenyataan selepas sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara. Sila klik untuk maklumat selanjutnya pada sumber 👉 bhonline

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian