Santapan di waktu petang dalam situasi sekarang sememangnya mampu menyenangkan akal fikiran dan juga emosi. Tambahan lagi pelbagai jenis juadah dibuat dan dinikmati asalkan rasanya menyelerakan. Rezeki sederhana namun bahagia adalah salah satu nikmat yang tidak ternilai harganya.
Berbekalkan santapan ubi kayu dengan kopi o panas, memang jarang dijumpai atau di hidang dimana - mana warung makan atau restoran. Namun ketahuilah khasiat ubi kayu adalah sangat baik untuk kesihatan anggota badan.
Rezeki sederhana namun bahagia, apatalagi jika dinikmati bersama keluarga. Berbudi pada tanah dengan menanam tanaman sumber keperluan harian dihalaman rumah akhirnya membuahkan hasil tanpa memerlukan modal yang banyak. Hasil tuaian juga dapat dinikmati bersama keluarga, serta boleh dikongsikan kepada jiran - jiran yang berdekatan.
Di mana ada usaha, pastinya akan membuahkan hasil walaupun ianya sedikit atau banyak. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, Jika tidak berusaha manakan dapat hasilnya. Oleh itu hargailah rezeki yang ada dengan tanda syukur pada Ilahi dan sentiasa menada tangan untuk berdoa kepadanya.
0 Comments