Bersyukur adalah satu rahmat yang tidak ada tandingannya dengan yang lain. Bersyukur juga akan mengajar diri erti akan kehidupan samaada susah ataupun senang. Umumnya jika selalu mengamalkan sifat bersyukur, sudah pasti apa sahaja yang mendatang akan dihadapi dengan tenang dan tabah.
Dalam masa sama, adakalanya tanpa diduga dengan bersyukur, rezeki akan sentiasa ada walaupun hanya sekadar sederhana, namun ianya seperti air yang tidak pernah putus sumbernya. Dalam pada itu, dengan bersyukur, sifat - sifat begatif seperti mencela sesuatu khususnya makanan dapat di elakkan dan tidak sama sekali dilakukan, ini kerana sifat mencela makanan adalah satu perbuatan yang tidak baik dan tidak mensyukuri rezeki pemberian Ilahi.
Sarapan di waktu pagi adalah antara rutin semua orang untuk mendapatkan tenaga dalam anggota badan, oleh itu walau apapun yang di santap, yakinlah dan syukuri kerana ia akan menjadi darah dating dan membatu anggota badan untuk mendapat tenaga dan seterusnya boleh berusaha untuk melakukan kerja - kerja harian dan mencari rezeki yag lebih baih darinya.
Sarapan dengan kueh jemput dan milo panas, adalah antara satu menu yang ringkas dan tidak asing lagi kepada mereka yang pernah membuatnya dan memakannya. Lazimnya menu ini selalunya digemari oleh masyarakat yabg tinggal di kawasan kampung. Walaupun ringkas dan agar kurang menyelerakan, namun ia memberi tenaga, kekengyangan dan kepuasan dalam diri. Bukan sahaja rasanya yang sedap, namun ia juga sangat mudah di hidangkan dan boleh dimakan bersama seisi keluarga.
Sarapan Kueh Jemput Dan Milo Panas, Bersyukur dengan rezeki walaupun hanya ringkas, namun mampu memberikan tenaga dan kesihatan kepada anggota badan. |
0 Comments