Keadaan cuaca yang berhujan dan ribut menyebabkan banyak kawasan - kawasan rendah dilanda banjir. Hal sedemikian secara tidak langsung menyukarkan pemanduan dan adakalanya laluan tidak dapat dilalui kerana ditimbuni air yang menyukarkan penglihatan jalan raya, khususnya garisan pemisah.
![]() |
pemandangan dari atas, situasi banjir selepas hujan lebat dan beribut |
Justeru daripada itu tindakan yang harus dilakukan ketika memandu semasa banjir adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang musibah yang tidak di ingini, antaranya;
- Perlahankan kenderaan, dan nyalakan lampu serta ikut lorong kiri. Bergerak sambil memerhati keadaan cuaca dan keadaan jalan raya tengan fokus
- Berhenti di bahu jalan apabila jarak penglihatan tidak memuaskan atau keadaan air mula naik sehinggakan garisan jalan tidak kelihatan
- Elakkan atau jangan meneruskan perjalanan dengan meredah jalan walaupun termampu, ini kerana dikuatiri keadaan jalan yang tidak keluhatan dan berlubang
- Elakkan meneruskan pemanduan, agar kenderaan tidak dimasuki air dan menyebabkan kerosakan pada enjin serta badan kenderaan
- Pasangkan lampu kecemasan, agar memandu lain dapat melihat dengan jelas dan seterusnya mengelakkan daripada terlanggat
0 Comments