Cuca hujan yang tidak diduga adakalanya menjejaskan pemanduan dijalan raya, apatalagi jika suasana penglihatan tidak jelas ekoran hujan lebat yang turun ditambah lagi dengan tiupan angin kencang. Tindakan ketika memandu dalam keadaan hujan lebat adalah sangat penting bagi memastikan keselamatan diri serta penguna jalan raya yang lain. Berikut adalah beberapa tindakan bijak yang boleh dilakukan semasa berhadapan dengan cuaca hujan, antaranta;
gambar sekadar hiasan, tindakan ketika memandu dalam keadaan hujan lebat |
- Pastikan sentiasa memasang taling pinggang keleder
- Menghidupkan lampu pada mod biasa.
- Jika keadaan teruk, pasang lampu (double signal) agar pemandu lain dapat melihat dengan jelas kedudukan anda dijalan raya
- Memandu pada kelajuan perlahan dan sentiasa berada di lorong kiri
- Hidupkan aircon kenderaan, bagi mengelakkan keadaan dalam kenderaan berwap dan menyebabkan pemandangan terjejas. Jika aircon rosak ada baiknya berhenti di tepi di kawasan selamat
- Jika keadaan cuaca sangat teruk, adalah baik untuk berhenti sahaja di mana - mana lorong atau kawasan yang selamat sementara menunggu keadaan cuaca pulih seperti biasa
Demikianlah beberapa tindakan bijak yang boleh dilakukan ketika memandu di jalan raya dan berhadapan dengan situasi hujan lebat. Semoga dengan panduan ini sedikit sebanyak memberi panduan serta penambahan ilmu pengetahuan bersama.
0 Comments