Ucapan salam subuh kepada seluruh umat yang ada di muka bumi ini, semoga aktiviti kehidupan harian yang dilakukan sentiasa mendapat lindungan dan rahmat Ilahi.
Dalam pada itu tingkatkanlah ketaqwaan dengan mengerjakan solat fardu subuh dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Amalkanlah sifat cergas diri selepas subuh dengan melakukan aktiviti harian yang bermanfaat, adalah tidak elok jika tidur selepas menunaikan solat subuh kerana ketahuilah rezeki akan terbentang luas pada pada waktu subuh dan seterusnya.
Justeru daripada itu, semoga tindakan terhadap yang dilakukan akan sentiasa mendapat keberkatan dari Ilahi. Oleh itu sekali lagi di ucapkan dengan ucapan salam subuh kepada sekalian makluk di muka bumi, semoga sentiasa sihat cergas dan kuat.
0 Comments