Ucapan Selamat Hari Bapa Tahun 2021

Ucapan Selamat Hari Bapa Tahun 2021

Bapa atau ketua keluarga dalam sesebuah keluarga adalah insan yang paling penting khususnya dalam memikul tanggungjawab terhadap keluarga atau masjid yang dibina agar ianya sentiasa berdiri teguh, bahagia, gembira dan sihat sejahtera setiap masa. Nafkah zahir dan batin haruslah dipastikannya agar mencukupi saban hari, dan dalam masa sama memberi kepuasan kepada ahli - ahli dalam keluarga. 

(gambar sekadar hiasan)
ucapan selamat hari bapa tahun 2021,
hebatnya seorang bapa dalam mengemudi mahligai yang dibinanya
 dengan melakukan kerja - kerja lebih daripada satu. Ibaratnya seperti multitasking.


Bapa bukan sahaja sebagai ketua kapal atau nakoda, bahkan bapa juga harus memastikan ahli - ahlinya berada dalam posisi yang seimbang, samaada dari segi pendidikan dan pembelajaran (formal dan tidak formal) agar ahli - ahli dalam keluarga khususnya anak - anak menjadi insan yang soleh dan soleha. Dalam dunis serba digital, didikan agama adalah sangat penting dan wajib diterapkan dalam diri sanubari anak - anak, agar mereka mendapat keseimbangan dan mampu berdikari dalam kehidupan yang serba mencabar dan norma baharu

Oleh yang demikian, bersempena hari bapa yang bakal di sambut pada 20 Jun 2021, penulis mengucapkan selamat hari bapa tahun 2021, semoga mereka yang bergelar bapa sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, dan galaslah serta kemudilah masjid atau mahligai yang dibina dengan baik dan secara lebih bijaksana. Gunakanlah pancaindera akal fikiran dengan cekap dan berkesan, agar mahligai sentiasa berada dalam kedudukan yang harmoni.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian