Budaya lepak memang tidak dinafikan lagi dikalangan masyarakat pada masa kini, lepak boleh di lakukan di mana - mana saha lokasi yang penting mempunyai bilangan anggota lebih daripada sati orang. Lepak terbahagi kepada dua manfaat iaitu berkesimpulan kebaikan dan keburukan.
Lokasi lepak adakalanya di adakan di kedai, atau warung kopi bersama rakan - rakan sambil berbicara isu semasa yang tiada penghujungnya, ia juga sekadar penghibur hati serta gelak tawa bersama. Dalam masa sama ia, adakalanya juga perkongsian pendapat yang membawa manfaat pembangunan diri dan bersama. Pendapat yang di utarakan, sangat berguna untuk di kongsikan kepada rakan - rakan yang lain.
Gambar Sekadar Hiasan |
Lepak, lazimnya tidak juga memberi keburukan sebagaimana yang di sangkal oleh segelintir masyarakat. Budaya lepak secara matang bersama rakan - rakan yang berilmu dan bijaksana adakalanya bermanfaat untuk pembangunan diri. Namun jika aktiviti lepak dilakukan dengan mereka yang bukan berintelektual sudah pasti akan mendapat perkara atau ilmu yang sia - sia atau yang mungkin membawa kepada keburukan.
Oleh yang demikian, lepak adalah aktiviti sosial yang perlu jika dilakukan secara bijaksana dan harmoni. Tindakan bijak sudah pasti memberi hasil yang positif.
0 Comments