Cara Menghilangkan Tekanan

Cara Menghilangkan Tekanan

Tekanan merupakan salah satu kesan psikologi dalam diri yang mana parutnya sentiasa ada. Namun demikian, ianya akan hilang akan tetapi mengambil tempoh masa yang lama. Ia juga bergantung pada penerimaan dan daya kekuatan mental serta fizikal seseorang. Tindakan sentiasa berfikiran positif dan bersyukur terhadap dugaan dan cabaran adalah sangat baik, yang mana membuatkan anggota badan dan rohani sentiasa berada dalam kesimbangan kesihatan yang baik.


gambar sekadar hiasan, elakkan terlalu melayan perasaan dan fikiran terhadap perkara - perkara yang remeh dan tidak bermanfaat. aktifkan diri terhadap aktiviti - aktivi yang membina dan membawa kepada kejayaan dan kegembiraan


Justeru daripada itu, terdapat beberapa cara menghilangkan tekanan, antaranya;

  • Mengamalkan dan meningkatkan amal ibadah solat, memohon doa kepada Ilahi
  • Membaca kitab suci Al - Quran
  • Meletakkan fikiran dan rohani pada paksi yang positif terhadap segala dugaan dan cabaran
  • Bersifat positif dan terbuka
  • Melakukan aktiviti riadah, senaman, berkomunikasi dengan orang lain secara baik dan positif
  • Menghiburkan diri, seperti berkaraoke
  • Mengakrafkan hubungan bersama anak - anak, isteri dengan memperbanyakkan aktiviti kekeluargaan secara bersama
  • Elakkan bersifat negatif, seperti riak, angguh, sombong dan sebagainya
  • Kekalkan kesihatan kendiri 
  • Elakkan terlalu mengambil berat dan tahu terhadap perkara - perkara remeh yang tidak bermanfaat
  • Bergaul dengan manusia yang membawa kepada kemajuan dan kebahagiaan

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan