Kebersihan Diri

Kebersihan Diri

Tahukah anda, setiap hari anggota badan manusia sering terdedah kepada kuman apabila ia berada atau melakukan sesuatu kerja walau di mana sahaja berada. Oleh yang demikian kebersihan diri, sangatlah perlu dan harus di amalkan demi kesihatan anggota badan. Kebersihan diri adalah meliputi seluruh anggota badan, samaada dalaman dan juga luaran.

Justeru itu, mari kita pelajari cara - cara penjagaan anggota badan dengan baik, agar sentiasa bersih serta sihat sehjahtera, antaranya;

  • Mandi setiap dua kali dalam sehari, iaitu mandi pagi dan malam (sebelum magrib). Jika ada dari melakukan kerja - kerja berat seperti dari kebun, memancing di laut, adalah wajib bagi anda untuk mandi agar anggota badan bersih dari kotoran dan kuman - kuman.
  • Gosok gigi setiap selesai makan, iaitu selepas sarapan, makan tengahari dan makan malam. Amalkan perkara ini agar gigi dan gusi sentiasa berada dalam bersih, sihat dan kuat. Tanggalkan segala sisa - sisa makanan yang tertinggal di celah - celah gigi bagi mengelakkan ianya merosakkan gigi. Gosok juga bahagian lidah agar ianya bersih.
  • Amalkan dan kerap membasuh tangan dan kaki jika selepas keluar rumah. Perkara ini sangat perlu kerana, anggota berkenaan adalah anggota badan yang paling tinggi terdedah kepada kuman atau bakteria

Amalkan sentiasa membasuh tangan dengan sabun pencuci
tangan yang baik dan berkesan


  • Cuci rambut sentiasa dengan menggunakan shampo yang sesuai, bagi menyegarkan kepala dan rambut kelihatan segar. Kekotoran akan melekat pada rambut apabila seharian memakai minyak rambut, dan pastinya ia haruslah dibersihkan agar kuman - kuman yang terdapat di celahan rabut dapat ditanggalkan dan seterusnya di matikan.
  • Potong kuku apabila ianya panjang iaitu melebihi paras kulit. Kotoran pastinya akan melekat pada kuku apabila anda mengaru anggota badan anda. Secara tidak langsung kotoran dan kuman - kuman akan melekat pada kuku. Oleh itu, amalkan pemotongan kuku secara berkala dan sentiasa menjaga serta memotongnya dengan halus dan cantik apabila ianya sudah panjang
  • Pemakanan juga haruslah di jaga agar anggota badan dalaman sentiasa sihat dan cergas. Pemakanan makanan seimbang dan berkhasiat serta mengikut jadual sangatlah penting.
  • Aktiviti sosial, dan senaman juga haruslah dilakukan walaupun hanya berada di rumah. Senaman ringan dengan tujuan mengerakkan anggota badan sangat bermanfaat untuk meningkatkan kesihatan 

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan