Terkini 10 Julai 2021 dan berdasarkan pada flayer di bawah, lima lokaliti di Sabah dikuatkuasakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 12 Julai 2021 sehingga 25 Julai 2021.
Antara kawasan yang dikuatkuasakan PKPD adalah Ql Farm Membalua Tawau, Kampung Pikat Bongawan Papar, Kampung Suang Parai Kota Kinabalu, Taman Kingfisher Kota Kinabalu dan Bandaran Berjaya Kota Kinabalu.
Lantaran daripada itu, semoga masyarakat di kawasan berkenaan sentiasa bertabah dan patuh pada arahan yang dikuatkuasakan. Marilah juga kita sentiasa meningkatkan kepatuhan dan memohon pada Ilahi agar pendemik yang melanda akan tamat dan aman seperti sedia kala.
0 Comments