Memetik Hasil Buah Nenas Di Kebun

Memetik Hasil Buah Nenas Di Kebun

Berusaha dengan gigih dan sabar pasti akan membuahkan hasil, ibarat orang bilang pelan - pelan lama - lama berhasil. Itulah antara ungkapan kata - kata yang sering dikatakan oleh penduduk di Negeri ini. Logat yang pelat dan ada kalanya kasar, namun niatnya baik, indah dan membawa manfaat kebaikan.

Di hening subuh, aktiviti memetik buah nenas di kebun adalah rutin yang dilakukan apabila musim pokok nenas mengeluarjan hasil. Berkebun secara sederhana, namun dengan penjagaan serta kawalan penanaman yang baik pasti akan membuahkan hasil. 


(Memetik Hasil Buah Nenas Di Kebun)
Hasil tanaman nenas di kebun yang masak dan pasti enak rasanya.
Warnanya yang oren menunjukkan ianya telah masak dan boleh di makan


Berbudi kepada tanah adalah salah satu langkah bijak apabila ianya diusahakan dengan menanam pelbagai tanaman seperti nenas dan mangga atau yang lainya. Perusahaan sebagai pekebun juga menjanjikan hasil pulangan yang lumayan. Dalam masa sama, ia bukan saja menguntungkan namun mampu mengurangkan perbelanjaan isi rumah, khususnya terhadap barang - barang keperluan harian.





Lazimnya, naluri akan menjadi gembira apabila sesuatu perkara yang dialkukan membuahkan kejayaan atau hasil walaupun tidak seberapa. Namun, senyuman dan raut wajah yang manis pasti akan tersela apabila hasil yang di impikan tercapai.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian