Pembelajaran Online

Pembelajaran Online

Teknologi digital telah banyak membantu dalam transaksi komunikasi dan juga pembelajaran kepada para pelajar samada di peringkat sekolah mahupun kolej dan universiti.

Pembelajaran online bukan sahaja mudah dilaksanakan, akan tetapi ia juga berkesan apabila peranti serta capaian internit yang digunakan adalah tinggi dan memuaskan. Ia juga menjimatkan masa dan tenaga, di mana tidak perlu lagi ke sekolah atau pejabat seperti sediakala.

Di samping itu juga, pembelajaran online mampu mendidik para pelajar dan guru atau pensyarah untuk lebih ke arah teknologi melalui kajian - kajian serta penyelesaian yang dilakukan jika berhadapan dengan situasi yang tidak diingini. Pembelajaran online bukan sahaja mudah, namunmenjimatkan perbelanjaan, khususnya perbelanjaan isi rumah.

Tambahan daripada itu juga, pembelajaran online sangat membantu kepada peningkatan serta pengawalan kesihatan anggota badan, khususnya terhadap penyakit berjangkit yang sedang melanda. Jarak yang jauh, mendorong kepada tidak melakukan perkara - perkara seperti sentuhan, percakapan pada jarak dekat dan sebagainya.

Gambar sekadar hiasan,
situasi pembelajaran online menggunakan peranti laptop menerusi sistem zoom.
Keadaan santai dengan kopi o panas dan kueh - mueh 


Dalam pada itu, walaupun banyak kebaikan. Pebelajaran online juga adakalanya mempunyai keburukan yang tidak dapat dielakkan, antaranya;

  • Capaian internit di kawasan - kawasan tertentu, khususnya luar bandar
  • Peningkatan kos bahan api kepada isi rumah
  • Interaksi komunikasi yang tidak setara (kadang - kadang suara kurang jelas serta gangguan faktor lain), ia tidak  seperti dahulunya bersemuka
  • Kesukaran yang tinggi terhadap golongan yang miskin. Tidak memiliki peranti yang moden, dan mungkin telifon pintar yang dimiliki tidak canggih serta kapasiti yang rendah untuk memuatnaik sebarang applikasi
  • Peratusan tumpuan pelajar terhadap kelas atau kuliah adalah rendah. Pelajar berpeluang besar hanya menghidupkan laptop atau telefon, namun tidak berada di hadapannya

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia