Pengurusan kewangan peribadi adalah sangat penting bagi memastikan aliran tunai wang mencukupi untuk tempoh yang ditetapkan, khususnya sebulan. Pengurusan yang bijak dan berhemah mampu mengelakkan daripada sebarang keberhutangan yang tinggi terhadap pihak ketiga seperti bank, pinjaman berlesen atau mana - mana yang memberi pinjam.
Langkah bijak haruslah diamalkan atau dirancang dengan melakukan beberapa perkara seperti berikut, antaranya adalah;
- Kenalpasti jumlah pendapatan aktif
Pendapatan aktif atau utama haruslah dikenalpasti samaada ianya mencukupi atau tidak. Jika tidak, tindakan membuat atau melakukan pendapatan sampingan haruslah dilakukan, seperti membuat pelaburan, perniagaan mlm dan sebagainya
gambar sekadar hiasan, menunjukkan pentingnya menabung atau simpanan demi persediaan di masa - masa mendatang |
- Kenalpasti jumlah perbelanjaan tetap
Perbelanjaan tetap haruslah dikenal pasti dan ditetapkan jumlahnya untuk satu bulan bagi memastikan kemampuan untuk membayarnya. Dalam masa sama, ia juga penting untuk mengetahui baki yang bersih samada ianya mencukupi atau tidak
- Simpanan
Simpanan adalah sangat penting dalam pengurusan kewangan peribadi untuk persediaan awal jika berhadapan dengan situasi getir yang tidak diketahui di masa - masa mendatang. Simpanan juga membantu untuk tidak berada dalam kesulitan mencari wang demi keperluan terhadap sesuatu erkara yang mendesak khususnya, seperti perbelanjaan kesihatan dan sebagainya. Simpanan boleh dilakukan di mana - mana institusi perbankan yang berdaftar, dalam masa sama dengan menyimpan, pulangan pendapatan juga secara tidak langsung akan bertambah dari masa ke semasa.
0 Comments