Selamat Hari Persahabatan Antarabangsa

Selamat Hari Persahabatan Antarabangsa

Sahabat yang mulia  yang mana saling membantu dalam pelbagai aspek serta membawa kepada kemajuan yang baik dan bermanfaat, boleh di ibaratkan sebahagian daripada keluarga. Keakrafan seumpama ini bukan sahaja mengeratkan ikatan silaturahim malahan ia juga meminimumkan perkara - perkara negatif atau jenayah yang membawa kepada keburukan dan kebinasaan.

Oleh itu, persabahatan yang hormoni haruslah disemai dan diterapkan dalam sanubari agar ianya sentiasa kelihatan suci dan jernih, walaupun terdapat gurau senda namun ianya hanya hiburan mengamit jiwa dikalangan persahabatan. Pahit manis ulam biasa, apa yang penting persahabatan murni haruslah ditingkatkan dengan baik agar masing - masing sahabat membangun dan berjaya bersama.  


Selamat Hari Persahabatan Antarabangsa


Lantaran daripada itu, penulis mengucapkan selamat hari persahabatan antarabangsa kepada semua sahabat - sahabat yang mengenali atau tidak agar kita semua bersama - sama sentiasa kekal sihat, cergas, murah rezeki dan sentiasa dilindungi Ilahi. Dalam masa sama, tingkatkan juga kepatuhan dan panjatkan doa pada Ilahi agar aktiviti harian sentiasa dipermudahkan.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian