Terkini dan berdasarkan pada flayers milik Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diterbitkan 11 Julai 2021, menunjukkan tiga (3) lokaliti di Kota Kinabalu dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Lanjut daripada itu, antara kawasan yang terlibat adalah Jalan pasir Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuaters Tangki Air Biru Telipok. Tempoh PKPD adalah bermula dari 13 Julai 2021 sehingga 26 Julai 2021. Dalam masa sama, maklumat lebih lanjut boleh lihat dan rujuk pada flayer yang dikongsikan di bawah.
Sehubungan daripada itu, semoga masyarakat atau penduduk yang terlibat di kawasan berkenaan agar sentiasa cekal dan tabah dengan dugaan yang menimpa. Marilah kita sentiasa berganding bahu dengan sentiasa mematuhi arahan - arahan yang telah dikuatkuasakan agar kita berjaya menghentikan penularan pendemik yang sedang melanda ini. Tadakan tangan dengan memohon doa kepada Ilahi, semoga usaha dan tawakal yang dilakukan sentiasa mendapat lindungannya dan dipermudahkan.
0 Comments