Awal Muharram Dan Sejarahnya

Awal Muharram Dan Sejarahnya

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia.

Kalender Hijarah secara rasmi belum bermula ketika zaman Rasulullah S.A.W. Kalendar ini hanya bermula pada zaman Khalifah Arrasyidin kedua iaitu Saidina Umar al-Faruq R.A. Terdapat beberapa cadangan daripada para sahabat untuk penetapan Taarrikh bagi Madinah ketika itu, ada yang mencadangkan tahun Islam bermula ketika kelahiran Nabi Muhammad S.A.W, ada yang mencadangkan permulaan tarikh Islam ditetapkan pada hari Rasulullah dibangkitkan sebagai nabi dan rasul tetapi pandangan yang mencadangkan permulaan tarikh Islam pada tarikh hijrah Nabi S.A.W. : wikipedia


Gambar Sekadar Hiasan, Awal Muharram Dan Sejarahnya


Lantaran daripada itu, marilah kita bersama - sama meningkatkan pengetahuan serta kepekaan ersama terhadap sejarah pengertian awal muharram yang mana banyak memberi manfaat. Sejarah awal muharram memang betapa cekal dan tabahnya Rasulullah SWA dalam menumpuh perjalanannya, apatalagi pada ketika itu kemudahan kenderaan canggih tidak ada seperti yang dilihat dan diguna pakai hari ini.

Dalam pada masa yang sama, tingkatkan lah amal ibadah kita terhadap perkara - perkara yang di amanahkan dan menjauhi apa yang dilarang,
  • Mendirikan solat 
  • Melaksanakan zakat
  • Mengerjakan ibadah haji (jika berkemampuan)
  • Bersedekah
  • Membaca dan hafal kitab suci Al- Quran
  • Melakukan serta mengamalkan sifat - sifat positif

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian