Laman muka buku atau facebook, merupakan salah satu laman media sosial yang tidak asing lagi di zaman teknologi ini. Lazimnya adalah menjadi kemunduran kepada seseorang jika ianya tidak memiliki akaun facebook, ini kerana dengan adanya facebook sistemperhubungan dan perkenalan adalah lebih meluas kerana ia dapat di jalinkan ke seluruh pelusuk dunia.
Lantaran daripada itu, manfaat kenalan faceook boleh di senaraikan antaranya seperti berikut;
- Hubungan persahabatan dapat dieratkan dengan lebih akraf walaupun tanpa bersemuka atau bersentuhan
- Komunikasi mantap dan lancar dapat dilaksanakan hanya di hujung jari
- Jaringan atau rangkaian perniagaan dapat diperluaskan, yang mana membawa kepada keuntungan lumayan
- Kenalan baharu dapat di perbanyakkan walaupun jauh dari kawasan
- Kenalan juga boleh membawa kepada kebaikan seperti jodoh pertemuan
- Mengurangkan perbuatan atau tindakan negatif yang tidak membawa manfaat kebaikan
- Mudah mencari rakan - rakan yang sekian lamanya menyepi dan tidak berjumpa
- Maklumat dapat di simpan dengan baik, seperti gambar - gambar serta kenangan - kenangan lama bersama rakan - rakan
- Dapat berkongsikan ilmu pengetahuan dan pendapat yang bermanfaat kepada umum
0 Comments