Selamat Hari Merdeka 2021

Selamat Hari Merdeka 2021

Hari merdeka yang sering di sambut pada tanggal 31 Ogos merupakan salah satu peyaan yang mengingatkan kepada kejayaan para jurit terdahulu yang mempertahankan serta memperjuangkan kemerdekaan tanah air daripada jajahan penjajah. 

Justeru daripada itu, setiap tibanya tanggal 31 Ogos maka ramailah masyarakat yang mengibarkan jalur gemilang di serata tempat, hari ini ada yang memacakkan bendera kebangaan di rumah - rumah, kenderaan dan juga di kedai - kedai perniagaan. 

Selain daripada itu, semangat patriotisme serta perkauman yang harmoni, bendera - bendera juga di pasang di tepi - tepi jalan raya serta tiang - tiang lampu agar semarak kemerdekaan tetap utuh dalam sanubari dan seterusnya mengalir berterusan kepada generasi - generasi baharu. 

Selamat Hari Merdeka 2021



Lantaran daripada itu, marilah kita terapkan iltizam bersama dengan menyambut hari medeka tahun 2021 secara sederhana, walaupun dalam suasana kehidupan norma baharu dengan sentiasa mematuhi arahan - arahan yang telah dikuatkuasakan agar kita sentiasa terhindar dari pendemik yang melanda dan dilindungi Ilahi walau di mana sahaja berada.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Hidangan Shell Out Menyelerakan