Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1782 sehingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, nyanyian, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka. wikipedia


Gambar Sekadar Hiasan, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021


Menjelang hari kebangsaan iaitu setiap bulan ogos di mana kebanyakan masyarakat akan mengibarkan bendera Malaysia, tidak kira di mana sahaja, ada yang memacakkan di halaman rumah, di tiang - tiang lampu, kenderaan, basikal dan kawasan kedai - kedai. Tanda semangat pertiwi dan kebangaan serta kecintaan terhadap tanah air hangat dirasai dengan lebih menebal. Kepuasan juga akan terserla apabila melihat bendera Negara Malaysia yang dikibarkan berdiri megah.

Di samping itu juga, kebiasaannya apabila menjelang hari merdeka iaitu pada malam tanggal 31 Ogos pelbagai persiapan yang telah di atur dan akan dilakukan pada hari siangnya. Takkala daripada itu, percikan bunga api yang berwarna warni akan kelihatan di udara dengan cahaya yang indah. Dalam pada itu, hari esoknya akan bermula lah perarakan dari setiap jabatan , agensi dan lain - lain lagi dipamerkan kepada masyarakat. 

Anak - anak juga khususnya di bangku sekolah turut dilibatkan dalam acara kemerdekaan dengan mengikuti perarakan serta mengibarkan jalur gemilang. Perkara seumpama itu, amatlah baik agar setiap generasi muda dapat memahami serta mengerti tentang hari kebangsaan. Dalam kesempatan itu, penulis dengan erti kata mudah mengucapkan selamat menyambut hari kebangsaan 2021 kepada semua masyarakat, dan semoga kita sentiasa sihat sejahtera dan dilindungi Ilahi walau dimana sahaja berada.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia