Bekerja adalah salah satu perbuatan yang dilakukan dengan menggunakan tenaga zahir dan akal fikiran. Kerja yang dilakukan adakalanya memerlukan penglibatan tenaga anggota badan atau mental.
Konsep bekerja secara berkesan sangatlah penting agar daya upaya yang dicurahkan seimbang dengan hasil yang diperolehi, ibarat biar lambat asalkan selamat dan membuahkan hasil yang baik. Berikut adalah cara bekerja secara baik, antaranya;
Cara Berkerja Yang Berkesan |
- Disiplinkan diri agar proaktiktif dan mencintai kerja atau tugas yang dilakukan setiap hari
- Dahulukan doa kepada Ilahi agar kerja - kerja yang dilakukan dipermudahkan dan mendapat keberkatannya, serta sentiasa dilindungi apabila melakukan kerja
- Buat senarai semak (check list) terlebih dahulu dengan menyenaraikan kerja - kerja yang akan dilakukan pada ketika itu
- Bertanya, merujuk dan mohon bantuan kepada yang pakar dan tahu tentang sesuatu perkara yang dilakukan bagi mengelakkan kesilapan dan kesalahan
- Membelanjakan masa bekerja dengan cermat dan fokus agar mengelakkan daripada sebarang pembaziran
- Tingkatkan dan sematkan intigriti dalam diri agar lebih berdisiplin dan berhemah semasa bekerja
0 Comments