Definisi Asas Pengurusan

Definisi Asas Pengurusan

Pengurusan asas adalah merangkumi empat perkara utama iaitu perancangan / planning, menyusun / organizing, mengetuai / leading dan mengawal / controlling. Apakah yang termaktub dalam empat perkara berkenaan, huraiannya adalah;

  • perancangan / planning
Merupakan satu pendapat atau cadangan dari buah fikiran yang dilakarkan dalam kertas sebagai perancangan yang bakal dilakukan atau dilaksanakan. Perancangan haruslah meliputi perlabagi aspek agar hasil yang dikeluarkan atau di lahirkan berkualiti.
Sebagai contoh; memulakan perniagaan restoran, perancangan haruslah dimulai dengan 5p iaitu place, price, product, people dan promotion.

Definisi Asas Pengurusan
pengurusan yang baik umpama bermain chess, iaitu pastinya akan memberi kemenangan, jika asas pengurusan iaitu POLC di kombinasikan dengan lebih bijaksana 



  • menyusun / organizing
Menyusun adalah satu aasa pengurusan, dimana dengan menyelaras atau kemaskini dengan lebih rapi agar yang yang dirancang berjalan atau dapat dilaksanakan mengikut susunan yang tepat, bagi meminimumkan atau zero bottlenect, yang mengundang kepada kerugian atau tertangguh.
Sebagai contoh; perancangan membuka restoran pelu disusun setiap langkah dengan betul iaitu apakah perkara pertama yang perlu dilakukan, sehinggalah kepada yang akhirnya. Senarai semak adalah penting bagi mengetahui langkah yang selesai dan langkah yang belum selesai.
  • mengetuai / leading 
Setiap langkah yang dilakukan haruslah diketuai dengan teliti bagi mengelakkan kesilapan. Dalam masa sama, dengan mengetuai, teransaksi permulaan perniagaan dapat atau diketahui dengan lebih terperinci dari masa ke semasa.
Sebagai contoh, pembukaan restoran yang dirancang dan setiap langkah yang disusun haruslah diketuai setiap langkah perlaksaannya sendiri. Ia sangat penting, bagi mengelakkan diri untuk tidak tertipu dan mampu menjawab sekiranya di tanya oleh pihak lain.
  • mengawal / controlling
Pengawalan adalah sangat penting dalam asas pengurusan, kerana dengan pengawalan sesuatu perkara dapat diselia dengan baik dan dalam masa sama meminimumkan perkara - perkara yang mendatangkan kerugian.
Sebagai contoh; membuka perniagaan restoran haruslah ada pengawalan dari awal dan sentiasa berterusan khususnya terhadap perkara - perkara 5p, agar perjalanan perniagaan restoran mampu bertahan lebih lama. Pengawalan selia, boleh dilakukan secara mingguan atau bulanan, bergantung kepada perkara yang dikawal.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian