Kategori Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Kategori Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan khas covid-19 (BKC) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh pihak berkuasa kepada semua lapisan masyarakat bagi meringankan bebanan yang dihadapi dalam memerangi pendemik yang melanda ini. 

Bantuan ini disalurkan secara tunai ke akaun rakyat mengikut semakan serta kemaskini yang dilakukan dalam portal bpr pemohon serta maklumat dari lhdn. Pembayaran akan dilakukan secara berperingkat. 

Bayaran bantuan khas covid - 19 (bkc) adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan, seperti pada paparan maklumat berikut;


Gambar Sekadar Hiasan
kejayaan dan rezeki akan berlimpah rua apabila diri dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek, dan dalam masa sama, akal fikiran serta tingka laku digabungkan dengan lebih proaktif ke arah perkara - perkara kebaikan yang bermanfaat serta pembangunan yang pastinya akan menghasilkan kejayaan


Kategori

Kategori Penerima & Bulan Pembayaran

Isi Rumah

Warga Emas Sebatang Kara

Bujang

Miskin Tegar

Sept – Rm500
Nov. – Rm500
Dis. – Rm300

Sept – Rm200
Nov. – Rm300

Sept – Rm200
Nov. – Rm300

B40

Sept – Rm500
Dis. – Rm300

Sept – Rm200

Sept – Rm200

M40

Sept – Rm250

Sept – Rm100

Sept – Rm100


Kategori Penerima Bantuan Khas Covid-19 (BKC)





MEREKA YANG LAYAK DAN BOLEH MEMOHON BKC, ADALAH SIAPA ?
  • Kategori yang pendapatan: Miskin tegar / B40 / M40
  • Klasifikasi: Isi rumah / Warga emas sebatang kara / Individu bujang



BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH MENDAPAT BANTUAN SEUMPAMA INI (BKC)?

  • Tidak ada sebarang permohonan dilakukan, samada menerusi online ataupun manual
  • Data akan diambil dari pangkalan data BPR dan maklumat di LHDN

Kategori Penetapan Penerima Data Bantuan Khas Covid - 19 (BKC)

  1. Miskin tegar  : Permohonan BPR 2021 yang didaftar secara automatik daripada data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan eKasih
  2. B40 : Permohonan BPR 2021
  3. M40 : Percukaian (LHDNM)



DIMANAKAH SAYA BOLEH MENYEMAK AKAUN BPR SAYA ?
👉 Semakan Akaun BPR


BILAKAH DAN DIMANAKAH PORTAL BKC BOLEH DI EKSES ?


Semoga dengan adanya bantuan BKC ini sedikit sebanyak meringankan bebanan sara hidup yang dihadapi. Gunakanlah dan manfaatkanlah dengan lebih bijaksana khususnya kepada perkara - perkara yang sangat diperlukan seperti keperluan asas seharian. Lantaran daripada itu, maklumat lanjut juga boleh di dilakukan pada butang FAQ

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan