Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada Anak - Anak

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada Anak - Anak

Zaman teknologi adalah sangat memudahkan dan meringkaskan atau mempercepatkan transaksi urusan seharian. Penggunaan telefon bimbit memang banyak membantu dalam perkara - perkara yang sulit seperti internit perbankan dan pembelian online. Pengawasan serta penjagaan anak - anak terhadap penggunaan telefon bimbit adalah wajar bagi mengelakkan anak - anak terabai atau terbiar dan sesuka hati dalam kanca pengunaan peralatan teknologi moden.

Namun demikian, penggunaan telefon bimbit kepada anak - anak juga memberi kesan baik dan kesan buruknya kepadanya. Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin dan akan berlaku kepada anak - anak.


Kebaikan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada Anak - Anak

  • Ilmu pengetahuan anak - anak bertambah dan meluas, bukan sahaja kepada skop isu semasa di peringkat tempatan malahan juga menyeluruh hingga ke peringkat antarabangsa
  • Anak - anak tidak berada dalam ketinggalan dalam arus pemodenan
  • Anak - anak akan menjadi celik IT dan pintar terhadap penggunaan teknologi zaman moden
  • Kematangan anak - anak akan tumbuh dengan cepat, meliputi kepada pengetahuan, pergaulan, tingkalaku dan komunikasi 
  • Mudah untuk menghubungi atau komunikasi dengan anak - anak walaupun jauh dari pandangan atau penjagaan 




Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit
Kepada Anak - Anak



Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Kepada Anak - Anak
  • Anak - anak akan menjadi malas dan leka kerana pengaruh games dan yang lainnya melalui telefon bimbit
  • Peratusan pengaruh yang tinggi kepada anak - anak kerana di usia sedemikian sangat mudah terpengaruh dengan apa - apa paparan yang ada pada telefon bimbit, lebih - lebih lagi unsur - unsur negatif, jenayah, pornografi dan lain - lain lagi
  • Tumpuan terhadap pelajaran adakalanya akan menyusut ekoran pengaruh gadget
  • Jurang komunikasi dalam institusi kekeluargaan akan mengurang kerana masing - masnig menghadap telefon bimbit
  • Emosi serta tekanan anak - anak adakalanya terjadi kerana pengaruh media sosial menerusi telefon bimbit seperti tiktok, facebook, yourtube dan lain - lain lagi

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian