Keburukan Melambatkan Solat

Keburukan Melambatkan Solat

Solat merupakan tiang agama, dan kitab suci Al-Quran adalah panduan kepada kehidupan. Solat sangatlah penting dan ianya dituntut dalam islam. Seperti yang kita maklum dan tahu, manusia diciptakan di muka bumi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melaksanakan perkara - perkara yang di suruh dan mencegah atau melarang perkara - perkara yang dilarang

Solat wajib dilaksanakan oleh semua ummat manusia, ia bukan sahaja membawa kebaikan malahan juga merupakan salah satu tanggungjawab yang telah ditetapkan Ilahi ke atas semua ummat. Waktu solat ada yang singkat dan ada yang panjang, namun demikian terdapat beberapa keburukan apabila melambatkan solat, antaranya;


  • Kurang khusyuk
Sifat melambatkan solat boleh menyebabkan solat yang didirikan kurang atau tidak khusyuk kerana kesuntukan masa. Bacaan surah terpaksa di baca dengan laju dan hanya membaca surah - surah yang pendek sahaja, ini kerana dikhuatiri masa tidak mencukupi dan masuk solat fardhu yang lain.


Keburukan Melambatkan Solat



  • Bacaan Surah Terpaksa Di baca Secara Laju
Melambatkan solat boleh menyebabkan bacaan surah terpaksa di baca dengan laju tanpa alunan atau mengikut bacaan yang betul. Dalam pada masa sama, sujud dan ruku serta yang lain juga terpaksa dilakukan dengan cepat.
  • Keterbiasaan / Tabiat Melambat - lambatkan / Malas
Sifat atau tabiat melambat - lambatkan solat akan menerap dalam diri hari demi hari. Sifat ini lama ke lamaanya akan menjadi kebiasaan dalam sanubari, walaupun laungan azan telah dikumandangkan. Perkara seumpanya ini juga akan menjadi buruk, dan ianya akan menjalar atau berlarutan kepada sifat malas terhadap perkara - perkara lain selain daripada solat.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian