Kegunaan Pokok Bambu

Kegunaan Pokok Bambu

Pokok bambu merupakan salah satu tumbukan yang tumbuh di permukaan tanah bergambut dan tumbuh secara berkelompok. Pokok bambu mempunyai pelbagai kegunaan selain daripada rebungnya atau umbut (sebutan suku kaum bajau) yang boleh dimakan sebagai lauk sayur seisi keluarga, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan lain, antaranya;


  • Rakit
Pokok bambu yang mana batangnya lurus dan mempunyai ruang udara di dalamnya serta terapung di air, ia amat sesuai digunakan sebagai rakit. Zaman dahulu pokok ini merupakan salah satu rakit atau kemudahan pengangkutan sungai dari satu kawasan ke kawasan lain. 



Kegunaan Pokok Bambu


  • Kayu Api
Pokok bambu juga boleh dijadikan bahan bakar untuk memasak makanan di dapur rumah. Bambu haruslah dikeringkan terlebih dahulu agar ianya mudah terbakar. Selain itu, pokok ini juga sangat mudah diperolehi dan di potong dengan saiz yang kecil untuk dijadikan kayu api di rumah.
  • Rumah
Pokok bambu juga mempunyai ketahanan yang kukuh, ia amat sesuai untuk dijadikan rumah, khususnya bahagian lantai, dinding dan juga rangka rumah. Selain itu, ia juga boleh dijadikan atap dengan membelanya seperti zink bagi mengelakkan hujan memasuka rumah. Pkok bambu juga mudah di bentuk kerana ianya lurus dan sangat sesuai untuk di aplikasikan dengan bentuk rumah yang diingini.
  • Tikar
Zaman teknologi dengan penggunaan mesin yang canggih, pokok bambu juga boleh dijadikan tikar. Ia akan dihiris secara kecil - kecil mengikut saiz yang dikehendaki agar mudah untuk dicantumkan atau di anyam menjadi tikar. 
  • Alat Muzik
Pokok bambu juga boleh dijadikan pelbagai alat muzik, seperti seruling, gitar bambu, wisel dan banyak lagi bergandung kepada kreativiti seseorang. Dalam masa sama, hasil ukiran yang dibuat boleh dipasarkan di pasaran tempatan. Hal ini sangatlah baik secara tidak langsung mampu menjada kepada pendapatan ekonomi isi rumah.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia