Kepentingan Pokok Bakau Kepada Ekosistem

Kepentingan Pokok Bakau Kepada Ekosistem

Pokok bakau merupakan salah satu tumbuhan yang tumbuh di kawasan pesisir pantai atau sungai dan laut dengan akarnya yang menjalar. Tumbuhan ini banyak diperolehi di kawasan - kawasan asia, seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan juga Myanmar, dan sangat penting kepada ekosistem semulajadi. 

Flora ini memiliki banyak keistemewaan kepada keperluan manusia dan juga kepada alam sekitar khususnya. Lazimnya, dengan kekuatan akarnya yang mencengkam, tumbuhan ini mampu menjadi benteng hakisan tanah daripada runtuh ekoran hempapan atau hentakan ombak yang kuat, secara tidak langsung penjadi penyelamat kepada limpahan air laut atau sungai ke daratan. 

Akar pokok bakau yang berselerak atau menjalar dengan saiznya yang besar dan banyak mampu menahan struktur tanah dengan kuat agar tidak goyah kepada hakisan yang boleh membawa kepada pembesaran sungai atau laut. 

Kepentingan Pokok Bakau Kepada Ekosistem


Selain daripada itu, fungsi kedua ianya sangat penting iaitu, pokok bakau merupakan ekosistem kepada hidupan fauna seperti siput, burung raja udang, monyet, ular dan lain - lain lagi. Dalam masa sama pokok bakau, khususnya bunganya serta daunya, merupakan sumber makanan kepada haiwan - haiwan yang menghuninya.

Di samping itu juga, terdapat kegunaan - kegunaan lain pokok bakau kepada keperluan manusia, antaranya seperti berikut:

  • Bahan bakar / kayu api
  • Cerucuk bangunan atau rumah
  • Pagar
  • Tiang dan rangkah rumah
  • Dijadikan barang- barang perhiasan atau archa

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia