sumber gambar : nasional Pemandu Warga Emas Berumur 70 Tahun Perlu Menyerahkan Semula Lesen Memandu Kenderaan Kepada JPJ PUTRAJAYA- Menarik balik atau mengehadkan lesen kepada individu berdasarkan umur mereka seharusnya merupakan pilihan terakhir selepas tahap kecergasan seseorang untuk memandu disahkan secara telus menerusi satu ujian yang diiktiraf, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong hari ini. Dalam satu kenyataan, Ka Siong ketika mengulas cadangan
untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada warga emas
berusia 70 tahun dan ke atas, berkata ramai pemandu berusia lebih 70 tahun
mempamerkan kemahiran memandu lebih baik berbanding pemandu lebih muda. Maklumat lanjut, sumber Sinar Harian |
0 Comments