Ucapan Doa Sempena Hari Malaysia Tahun 2021

Ucapan Doa Sempena Hari Malaysia Tahun 2021

Doa adalah salah satu ungkapan atau permintaan kepada Allah SWT. Oleh itu ucapan doa dipinta sempena hari Malaysia tahun 2021, agar kita semua berada dalam lindungan Ilahi dan sihat sejahtera walau di mana sajaha berada.

Oleh yang demikian, sempena hari Malaysia tahun 2021, marilah kita bersama - sama dan beramai - ramai memanjatkan doa kepada Ilahi semoga kita sentiasa sihat walafiat , kehidupan aman sejahtera dan berada dalam lindungannya.




Ucapan Doa Sempena Hari Malaysia Tahun 2021

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, Engkau peliharakanlah Negara kami Malaysia yang kami cintai, peliharakanlah perpaduan kami demi kestabilan Negara kami ini. Kekalkanlah nikmat kedamaian, keamanan, keharmonian, percaya - mempercayai, saling hormat - menghormati, serta tolong - menolong sehingga kami menjadi cemerlang dan mendapatkan kemakmuran sehingga ke hari ini. Jauhilah jurang kebencian dalam diri kami agar kami lebih bersatu padu antara satu sama yang lain, lindungilah kami dari segala bala bencana, wabak yang merbahaya walau di mana sahaja berada, Terimalah amal ibadah kami dan muliakanlah kami sebaik - baik orang yang beriman dan mendapat tempat di yang mulia. Ya Allah ya tuhan kami, hanyalah kepadamu kami bermohon dan bersera. Aminn Ya Rabbal Alamin.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia