Mandi adalah salah satu perbuatan untuk mencucikan anggota badan daripada kekotoran, bendasing atau bakteria yang melekit pada bandan. Mandi juga membuatkan anggota badan dalam dan luar akan terasa lega dan cergas.
Lantaran daripada itu, mandi boleh dilakukan di kamar mandi, di tandas, di sungai, perigi atau di mana sahaya yang dirasakan sesuai dan terlindung selamat dari pandangan orang lain. Mandi juga haruslah mengosok serta memakai sabun untuk menanggalkan sebarang kekotoran yang anada pada anggota badan.
Lazimnya tahukah anda, mandi boleh dilakukan pada bila - bila, namun terdapat waktu - waktu yang tidak sesuai untu mandi adalah antaranya berikut;
1. Mandi Pada Jam 30 Minit Selepas Waktu Asar
Pada waktu ini iaitu 30 minit selepas solat fardhu
asar, darah dalam anggota badan sedang berada
dalam keadaan panas dan jika diteruskan juga niat untuk mandi, anggota badan
akan terasa lemah dan menjadi penat
serta kurang daya untuk melakukan sebarang aktiviti atau pekerjaan.
Gambar Sekadar Hiasan Waktu Yang Tidak Sesuai Untuk Mandi |
2. Mandi Selepas Waktu Maghrib
Waktu ini lazimnya adalah waktu yang mudah dan masa terluang
untuk mandi, tatkala pulang dari kerja, sekolah atau bermain sebarang aktiviti.
Namun dmeikian, tahukan kita bahawa pada waktu berkenaan keadaan jantung dalam
badan selepas waktu Maghrib akan mula lemah selepas selesai daripada melakukan sebarang
kegiatan atau pekerjaan. Kajian juga menunjukkan bahawa jika mandi selepas
waktu Maghrib, ia akan menyebabkan paru-paru boleh dimasuki air dan berpotensi
mendapat penyakit paru-paru berair.
3. Mandi Selepas Waktu Isyak sehingga jam 12 tengah malam
Mandi selepas waktu isyak sehingga jam 12.00 tengah malam,
dimana pada keadaan ini jantung akan mula berhenti kerja dan akan berehat
selepas solat Isyak lazimnya. Namun demikian, jika aktiviti mandi dilakukan
juga ianya akan menyebabkan kerosakan jantung kerana dimasuki air yang dingin.
Waktu yang terbaik untuk aktiviti mandi setelah selesai seharian
bekerja dan aktif dengan aktiviti di luar ialah pada sebelum waktu magrib dan pada waktu selepas jam
12.00 tengah malam antara jam 2:00
hingga 3:00 pagi, ini kerana waktu berkenaan, ianya akan memberikan kesihatan dan tenaga pada anggota badan. Dalam masa sama sentiasalah tadahkan tangan dan teguhkan niat dengan memohon pada Ilahi semoga aktiviti yang dilakukan seharian sentiasa dipermudahkan dengan keselamatan serta kesihatan sejahtera dan berada dalam lindunganya walau dimana sahaja berada.
0 Comments