Dipanggil namanya perempuan, wanita, ibu adalah insan yang diciptakan Ilahi dari tulang rusuk si lelaki. Sifatnya yang lemah lebut, ayu membuatkan si lelaki tergoda.
Dulunya wanita hanya tertumpuh kepada suri rumah dan juga mengurus anak - anak agar institusi kekeluargaan harmoni. Selain daripada gurau senda, isi rumah akan sentiasa riang gembira, tambahan lagi pada zaman dahulu pengaruh sosial tidak ada sama sekali, berbanding hari ini semua masyarakat dipengaruhi oleh teknologi.
Berbalik kepada wanita, ia tidak dapat dinafikan kerana wanita adalah pemacu kejayaan isi rumah, bukan sahaja kepada hal - hal rumah tangga, malahan juga kepada didikan anak - anak. Walaupun sifatnya uang ayu, dan lemah, namun kemampuan wanita tidak dapat dinafikan iaitu mampu mengusahan atau melaksanakan sesuatu perkara atau aktiviti dengan tekun dan tabah. Bayangan boleh di aplikasikan sebagaimana yang di kongsikan dan tunjukkan pada gambar di bawah.
Wanita Pemacu Kejayaan Isi Rumah |
Oleh yang demikian, sayangilah wanita dan mereka adalah pemacu kejayaan isi rumah, atau dengan erti kata lain tulang belakang atau panduan kepada kejayaan institusi kekeluargaan.
0 Comments